RINDU ♥

Hai Assalamualaikum :)

Selamat tengahari semua! Rasanya masih belum terlambat untuk Lin ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun baru ni dapat beri semangat baru dan laksanakan azam yang diimpikan :)

Ok, balik pada topik kita iaitu RINDU.
Rindu? Rindu pada siapa? Boyfriend? Tak lah, tak semestinya dekat boyfriend. Mungkin pada family, pada kawan jauh, pada cikgu sekolah, pada lecturer, pada kawan-kawan sekolah dan juga pada kawan-kawan belajar.

Tapi macam keadaan aku sekarang ni, aku rindu SAHABAT-SAHABAT aku. Aku rindu dengan diorang berdua. Ya, aku rindu nak macam dulu-dulu. Kongsi cerita & masalah sama-sama. Susah senang sama-sama. Lepak sama-sama. Gossip sama-sama. Keluar sama-sama. Gelak nangis sama-sama. Senang cerita, rindu semua benda yang kitaorang buat sama-sama dulu.

Ya, takpa aku faham sekarang masing-masing dah kerja dan belajar. Mungkin masa agak terhad juga nak jumpa. Kadang-kadang 2 minggu sekali baru jumpa. Kadang-kadang sebulan sekali jumpa dan kadang-kadang mungkin 2 bulan sekali baru jumpa. Emm, aku nak minta maaf ok kalau aku ada salah silap dari sekecil-kecil kuman hingga sebesar-besar alam. Biasa lah, nama pun manusia biasa kan. Mesti ada buat silap. Kalau aku ada buat salah atau silap tegur je aku. In Shaa Allah aku boleh terima :)  Tapi whatsapp personal lah, hehe.

Aku harap sangat diorang dapat terima buruk baik aku macam mana aku dapat terima buruk baik diorang. Sebab tu, aku masih berkawan dengan diorang sampai sekarang. Walaupun macam-macam orang cakap pasal diorang, aku tak kisah dan buat derk je sebab aku tahu diorang macam mana.

Masa aku update entri ni, aku betul-betul sedih dan rindu sangat dekat diorang. Aku tak tahu nak describe macam mana perasaan aku ni. Korang boleh tolong tak bgtahu diorang yang aku sayang dan rinduuuuu diorang sangat? Tolong ok? :) Terima kasih. Bukan apa, kalau aku bagitahu sendiri nanti diorang kata aku buang tebiat pula haha.

Rindu sangat !


← NEWER
OLDER →


Hello ! Kamalin Shafiqah here :) Do follow my blog okay? Thanks :)
more ?

SOCIAL SITES

Do follow okay :)
  • FACEBOOK
  • TWITTER
  • INSTAGRAM